Tubuh manusia telah mengalami
evolusi berjuta-juta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil
daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob bakteria, virus
dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita. Tubuh kita mampu
bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit
kerana imun kita dapat mengenalpastinya dan menghasilkan antibodi untuk
menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.
Apakah sistem imun?
Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh
dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah
putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan
antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem
imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria,
kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit,
hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit
berjangkit.
Sistem imun kita sangat meluas dan
bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi
melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap
ahlinya.
Alhamdulillah...
Pelanggan tetap yang amalkan pengambilan #qasehgoldJUNIOR untuk anak syurga nya..
Kini kurang mengambil ubat-ubatan hospital mahupun klinik..Kandungan madu serta kurma dan makanan-makanan sunnah yang lain sangat membantu dalam menguatkan sistem imunisasi anak-anak..
** #SISTEM_IMUNISASI lebih kuat
Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita..
No comments:
Post a Comment